Captivate

Captivate Sdn Bhd – Penyataan Privasi

English | Bahasa Malaysia

Penyataan Privasi ini menjelaskan bagaimana Captivate Sdn Bhd mengumpul, menyimpan, dan mengendali maklumat peribadi (seperti yang ditakrifkan di bawah) individu-individu selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan undang-undang Malaysia.

Sila baca Penyataan Privasi ini untuk memahami bagaimana kami menggunakan Maklumat Peribadi yang kami mungkin kumpulkan daripada anda. Dengan memberi Maklumat Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju akan Penyataan Privasi ini dan pengumpulan, penggunaan, pengaksesan, pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Penyataan Privasi ini.

  1. Apa Yang Diterangkan Oleh Penyataan Privasi iniPenyataan Privasi ini menerangkan:
    • Apakah jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan
    • Bagaimana kami mengumpul maklumat peribadi anda
    • Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda
    • Bila kami mendedahkan maklumat peribadi anda
    • Bila kami memindahkan maklumat peribadi anda ke luar negara
    • Hak anda untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda 
  1. Komitmen Kami Kepada AndaKami menghargai kepercayaan anda dan kami komited untuk melindungi maklumat peribadi anda. Untuk memastikan bahawa anda dapat membuat keputusan yang bermakna dan berasa yakin akan pembekalan maklumat peribadi anda kepada kami apabila anda mendaftar untuk bekerja untuk Captivate Sdn Bhd, kami telah menyediakan Penyataan Privasi ini untuk anda yang menghuraikan amalan-amalan kami dan pilihan anda mengenai cara-cara maklumat peribadi anda dikumpul dan digunakan oleh kami. 
  1. Definisi Maklumat PeribadiMaklumat peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda. Ia merangkumi apa-apa maklumat yang boleh digunakan untuk membezakan, mengenal pasti atau menghubungi anda. Bagi tujuan Penyataan Privasi ini, maklumat peribadi merangkumi maklumat peribadi sensitif, iaitu maklumat yang berkaitan dengan kesihatan, pendapat politik, kepercayaan agama anda, dll. Untuk mengelakkan keraguan, sila maklum bahawa Penyataan Privasi ini terpakai hanya jika anda merupakan orang sebenar/seorang individu. 
  1. Apakah Jenis Maklumat Peribadi Yang Kami KumpulkanUntuk membolehkan kami memberi anda Produk dan/atau Perkhidmatan kami dan untuk beroperasi secara cekap dan berkesan dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik mungkin kepada anda, kami perlu mengumpul maklumat peribadi yang berkenaan daripada anda. Maklumat peribadi yang dikumpulkan oleh kami mungkin merangkumi (tetapi tidak terhad kepada) yang berikut:
    • maklumat hubungan seperti nama, tarikh lahir, dokumen-dokumen sokongan identiti (termasuk KP atau nombor pasport), jantina, kewarganegaraan dan bangsa, bujang / berkahwin, bahasa yang dipilih, berat, tinggi, gambar, tahap pendidikan alamat peribadi dan/atau perniagaan semasa, nombor telefon atau telefon bimbit, nombor faks, alamat emel
    • butiran akaun bank;
    • status prestasi anda dalam memberikan perkhidmatan kepada Captivate Sdn Bhd;
    • rakaman imej anda melalui kamera apabila anda berkhidmat di rangkaian cawangan kami; 
  1. Bila dan Bagaimana Kami Mengumpul Maklumat Peribadi Anda?Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi secara terus daripada anda apabila anda:-
    • berkomunikasi dengan kami (contohnya apabila anda serahkan borang permohonan untuk menjadi pemberi perkhidmatan kami, atau apabila anda menghubungi kami untuk pertanyaan mengenai ketersediaan perkhidmatan kontrak);
    • apabila kami berhubung dengan anda bagi mengemaskini maklumat anda;
    • mendaftar sebagai pemberi perkhidmatan untuk kami;
    • menyertai mana-mana kaji selidik kami;
    • mendaftar minat dan/atau memohon maklumat mengenai (melalui portal dalam talian atau saluran-saluran lain kami) atau bertindak balas dengan mana-mana bahan pemasaran yang kami keluarkan;
    • memulakan hubungan perniagaan dengan kami (contohnya, sebagai pemberi perkhidmatan/rakan perniagaan);
    • mengunjungi mana-mana pejabat kami;
    • melawat atau melayari laman-laman web kami;
    • membuat aduan kepada kami;
    • memberi maklum balas kepada kami (contohnya melalui laman web kami atau secara salinan bercetak).

Selain daripada maklumat peribadi yang diperolehi secara terus daripada anda (seperti yang dinyatakan di atas), kami juga mungkin memperolehi maklumat peribadi anda daripada pihak-pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau yang berkaitan dengan anda (agensi rujukan kredit atau institusi kewangan), dan daripada mana-mana sumber-sumber lain di mana anda telah memberi kebenaran kepada pendedahan maklumat berkaitan dengan anda, dan/atau di mana dibenarkan oleh undang-undang.

  1. Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi AndaKami mungkin mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi daripada anda atau daripada kategori pihak-pihak ketiga yang dinyatakan dalam Penyataan Privasi ini, untuk satu atau lebih tujuan-tujuan berikut:-
    • untuk mengesahkan identiti anda
    • untuk mempertimbangkan dan memproses permohonan/permintaan anda
    • untuk mengendali dan mengurus Perkhidmatan yang anda berikan (termasuk pengebilan, kemudahan pembayaran dan mengumpul barang atau alat-alat yang kami sediakan semasa anda berkhidmat untuk Captivate Sdn Bhd )
    • untuk menyiasat dan menyelesaikan apa-apa isu pertanyaan mengenai bil, aduan atau pertanyaan-pertanyaan lain yang anda beri kepada kami berkenaan perkhidmatan anda.
    • untuk mengesan dan mencegah aktiviti penipuan
    • untuk menguruskan rangkaian kami
    • untuk sentiasa berhubung dengan anda dan menyediakan anda dengan maklumat yang dipinta
    • untuk menjalin dan menguruskan dengan lebih baik apa-apa perhubungan perkhidmatan yang anda tawarkan dan berikan
    • untuk memproses komunikasi yang anda hantar kepada kami (contohnya, menjawab pertanyaan dan menangani apa-apa aduan dan maklum balas)
    • untuk membantu kami memantau dan memperbaiki prestasi rangkaian, Produk dan Perkhidmatan kami, malahan perkhidmatan anda bagi menjadikan ianya lebih cekap
    • untuk menyenggara dan membina sistem dan infrastruktur perniagaan kami, termasuk pengujian dan penaikan taraf sistem-sistem tersebut
    • untuk menguruskan latihan kakitangan dan jaminan kualiti
    • untuk memaklumkan anda mengenai manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri Perkhidmatan kami
    • untuk memastikan cara kami dapat memperbaiki perkhidmatan kami kepada anda
    • untuk menghasilkan data, laporan dan statistik yang akan dianonim atau diagregatkan dengan cara yang tidak mengenal pastikan anda sebagai individu
    • untuk menyiasat, membalas atau membela tuntutan yang dibuat terhadap atau melibatkan Captivate Sdn Bhd
    • untuk menjalankan aktiviti pemasaran (contohnya, kajian pemasaran)
    • untuk menyenggara rekod-rekod yang diperlukan untuk tujuan keselamatan, tuntutan atau tujuan undang-undang yang lain
    • untuk mematuhi keperluan undang undang dan pengawalseliaan
    • untuk apa-apa tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh apa-apa undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak-pihak pengawalselia berkuasa yang berkenaan 
  1. Pendedahan Maklumat Peribadi AndaSebagai sebahagian dari penyediaan Perkhidmatan yang anda berikan (termasuk pengebilan, kemudahan pembayaran dan mengumpul barang atau alat-alat yang kami sediakan semasa anda berkhidmat untuk Captivate Sdn Bhd ) kami mungkin diperlukan atau dikehendaki mendedahkan maklumat mengenai anda kepada pihak-pihak ketiga yang berikut:
    • agensi-agensi penguatkuasa undang-undang
    • agensi-agensi kerajaan
    • syarikat-syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai ejen, kontraktor, pembekal perkhidmatan dan/atau penasihat profesional kami
    • rakan niaga kami dan pihak-pihak lain untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan tujuan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda
    • pihak-pihak lain di mana anda telah memberikan kebenaran nyata atau tersirat

tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, garis panduan dan / atau obligasi) bergantung kepada Captivate Sdn Bhd

  1. Pemasaran LangsungKami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberi anda maklumat mengenai perkhidmatan dan/atau produk kami atau pihak-pihak ketiga, yang mungkin menarik minat atau memanfaatkan anda, kecuali diminta atau dimaklumkan sebaliknya oleh anda.Jika anda tidak ingin maklumat peribadi anda digunakan untuk tujuan pemasaran atau jika anda mengubah fikiran anda berkaitan dengan pilihan anda sebelum ini, sila hubungi kami di Captivate Sdn Bhd melalui butiran cara menghubungi kami yang dinyatakan di bawah. Arahan bertulis anda kepada kami yang terkini akan diguna pakai. 
  1. Bagaimana Jika Maklumat Peribadi Yang Diberi Anda Tidak Lengkap?Di mana dinyatakan (contohnya dalam borang pendaftaran/permohonan), anda diwajibkan memberi maklumat peribadi kepada kami untuk membolehkan kami memproses permohonan anda untuk memberikan Perkhidmatan kepada Captivate Sdn Bhd. Jika anda enggan memberi maklumat peribadi yang diwajibkan tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau membenarkan anda memberikan perkhidmatan. 
  1. Hak Anda Untuk Mengakses Dan Membetulkan Maklumat Peribadi AndaKami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami.Jika anda mahu mengakses maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami, atau jika anda berpendapat bahawa maklumat peribadi anda yang dipegang oleh kami tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau jika berkenaan, tidak terkini, anda boleh membuat permintaan kepada kami dengan menghubungi Captivate Sdn Bhd melalui butiran cara menghubungi kami yang dinyatakan di bawah. Anda harus menyatakan nama, alamat dan nombor telefon anda dan nyatakan dengan ringkas maklumat berkenaan yang mana anda ingin meminta sesalinan.

Kami akan menggunakan usaha yang berpatutan sewajarnya untuk memenuhi permintaan anda untuk mengakses atau membetulkan maklumat peribadi anda dalam masa 21 hari dari tarikh kami menerima permintaan.
Sila maklum bahawa kami mungkin perlu menahan akses kepada maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu, contohnya apabila kami tidak dapat memastikan identiti anda atau di mana maklumat yang diminta bersifat komersial dan sulit, atau jika kami menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Namun demikian, kami akan memaklumkan anda akan sebab-sebab kenapa kami tidak dapat memenuhi permintaan anda.

  1. Kewajipan AndaAnda bertanggungjawab memberikan maklumat yang tepat dan lengkap kepada kami mengenai diri anda dan mengenai mana-mana individu di mana anda membekalkan maklumat peribadi mereka kepada kami dan untuk mengemaskinikan maklumat peribadi tersebut jika dan apabila ia menjadi tidak betul atau tidak terkini dengan menghubungi Captivate Sdn Bhd melalui butir-butir untuk menghubungi kami yang dinyatakan di bawah. Kewajipan ini merupakan syarat bagi Perkhidmatan yang anda berikan untuk kami.Jika anda perlu memberi kami maklumat peribadi berkaitan dengan pihak-pihak ketiga (contohnya mengenai suami atau isteri atau anak-anak anda, atau di mana anda merupakan orang yang dilantik (dalam syarikat atau organisasi) untuk berurusan dengan kami, jika anda sedang memperolehi dan bertanggungjawab untuk perkhidmatan dan/atau produk yang mereka akan gunakan), anda mengesahkan bahawa anda telah (i) mendapatkan kebenaran mereka atau sebaliknya anda berhak memberi maklumat peribadi mereka kepada kami dan untuk kami menggunakan maklumat peribadi tersebut dengan sewajarnya, dan (ii) memberitahu mereka untuk membaca Penyataan Privasi ini di laman web kami. 
  1. Urusan Dalam Talian Dengan Captivate Sdn Bhd“Cookies”
    Kami mengumpul maklumat mengenai penggunaan laman web kami oleh anda dari “cookies”. “Cookies” adalah paket-paket maklumat yang disimpan dalam computer anda yang membantu pelayaran laman web anda dengan menyesuaikan maklumat laman web kepada keperluan anda. Cookies dengan sendirinya tidak mengenal pasti pengguna individu, hanya computer yang digunakan. Anda tidak diwajibkan menerima cookies. Jika anda mempunyai kerisauan, anda boleh tetapkan komputer anda untuk sama ada menerima semua cookies, memaklumkan anda bila sesuatu cookie di isu, atau langsung tidak menerima cookies pada apa jua masa. Namun demikian, penolakan cookies mungkin akan menjejaskan penggunaan laman web kami kerana kami tidak akan dapat memperibadikan aspek-aspek penggunaan laman web oleh anda.
    Pautan Ke Laman Web Pihak-Pihak Ketiga
    Sila maklum bahawa Penyataan Privasi ini hanya terpakai di laman-laman web Captivate Sdn Bhd dan tidak terpakai kepada apa-apa laman web pihak-pihak ketiga yang anda mungkin akses dari laman-laman web kami. Untuk menentukan bagaimana mereka mengendali maklumat peribadi anda, anda harus memastikan bahawa anda membaca polisi privasi mereka masing-masing. 
  1. Pemindahan Maklumat Peribadi Anda Ke Luar NegaraIa mungkin perlu untuk kami memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia jika mana-mana pembekal perkhidmatan atau rakan niaga strategik kami (“entiti luar negara“) yang terlibat dalam penyediaan sebahagian Produk dan/atau Perkhidmatan Captivate Sdn Bhd berlokasi  di negara-negara di luar Malaysia. Anda bersetuju kepada pemindahan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia dalam keadaan-keadaan tersebut. Kami akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa mana-mana entiti luar negara tersebut diikat di bawah kontrak supaya tidak menggunakan maklumat peribadi anda untuk sebarang tujuan selain daripada penyediaan Produk dan/atau Perkhidmatan kepada anda yang mereka dikontrakkan oleh kami untuk menyediakan dan untuk melindungi dengan secukupnya maklumat peribadi anda. 
  1. Pengemaskinian Kepada Penyataan Privasi KamiKami mungkin akan meminda Penyataan Privasi ini dari masa ke semasa dan versi terkini akan digunapakai dan menggantikan sebarang dan semua versi terdahulu, termasuk tetapi tidak terhad kepada versi di dalam risalah atau salinan bercetak. Sila semak laman web kami untuk maklumat mengenai amalan-amalan paling terkini kami. 
  1. Butir-butir Menghubungi KamiJika anda mempunyai sebarang pertanyaan, kebimbangan atau aduan berkaitan dengan Penyataan Privasi ini, menghubungi kami di Captivate Sdn Bhd  pada waktu pejabat (antara jam 9:30 pagi hingga 6:30 petang, pada hari Isnin hingga Jumaat di titik-titik hubungan yang berikut:
   
Telefon: 03-76100778
No. Faks. 03-76100788
Emel: enquiry@captivate.com.my
Alamat:  301A Level 3A Uptown 1,
No.1 Jalan SS21/58,
Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia

 

Copyright © 2010 by Captivate Sdn Bhd

Business Hours

Monday
9.30 – 18.30
Tuesday
9.30 – 18.30
Wednesday
9.30 – 18.30
Thursday
9.30 – 18.30
Friday
9.30 – 18.30
Saturday
Closed
Sunday
Closed

Contact Details

201D,Level 2,Tower D,Uptown 5,
5 Jalan SS21/39, Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
tel:
03-7610 0778
fax:
03-7610 0788
email:
enquiry@captivate.com.my
Join us

Full Name (required)

Your Email (required)

Your Mobile Number(required)

Application For Job Post

Your Message

×

Your Name (required)

Your Email (required)

Your Mobile Number(required)

Please Upload Your Resume

Your Message

×

Your Name (required)

Your Email (required)

Your Mobile Number(required)

Please Upload Your Resume

Your Message

×

Your Name (required)

Your Email (required)

Your Mobile Number(required)

Please Upload Your Resume

Your Message

×

Your Name (required)

Your Email (required)

Your Mobile Number(required)

Please Upload Your Resume

Your Message

×

Your Name (required)

Your Email (required)

Your Mobile Number(required)

PleaseUploadYourResume

Your Message

×

Your Name (required)

Your Email (required)

Your Mobile Number(required)

Upload Your resume

Message

×

Your Name (required)

Your Email (required)

Your Mobile Number(required)

Upload Your resume

Message

×